SEJARAH TALI TEMALI, Pengertian Tali dan Pembuatannya Pertama Kali Di Dunia - HIMALA UNMA BANTEN

HIMALA UNMA BANTEN, Merupakan Unit Kegiatan Mahasiswa Himpunan Mahasiswa Lestari Alam yang bertempat di Universitas Methlaul Anwar Banten, dan blog ini menyediakan berbagai informasi mengenai lingkungan hususnya informasi Organisasi kami.

Home Top Ad

Post Top Ad

Space Iklan

10/28/2018

SEJARAH TALI TEMALI, Pengertian Tali dan Pembuatannya Pertama Kali Di Dunia

Pendapat yang diperoleh dari Shaker (1983) mendapati bahwa orang Mesir merupakan orang atau golongan manusia yang pertama menggunakan tali yaitu 5000 tahun dahulu. Pendapat lain pula (Takjoedin, 1981) mendapati bahawa bangsa Yunani pada zaman pra sejarah mempunyai seorang dewa iaitu Dewa OG merupakan pembuat atau pencipta tali yang pertama. Namun begitu, ahli sejarah yaitu Steven Ashton (1987) mendapati bahwa tali pertama yang digunakan untuk aktivitas pendakian diperbuat dari pintalan serabut hemp. Selepas Perang Dunia ke-2, Hawser-Laid diperkenalkan manakala Tali Kernmantel diperkenalkan pada tahun 1950-an.
Penggunaan tali bagi memburu, menghela, mengikat, menyambung, membawa, mengangkat, dan memanjat bermula sejak zaman purba dan sentiasa penting bagi kemajuan teknologi manusia. Kemungkinannya “tali ” terawal adalah gentian tumbuhan sedia ada, seperti pokok memanjat, diikuti selepasnya dengan cubaan pertama memilin dan menganyam beberapa utasan untuk membentuk tali sebenar dalam erti kata moden. Cebisan fossil kemungkinannya “dua pilin talin sepanjang sekitar 7 mm diameter” dijumpai di gua Lascaux, bertarikh dari sekitar 17,000 Sebelum Masehi.
SEJARAH TALI TEMALI, Pengertian Tali dan Pembuatannya Pertama Kali Di Dunia
BACA JUGA
PENGERTIAN TALI, SIMPUL DAN IKATAN
Kemungkinannya orang-orang Mesir Purba merupakan tamadun pertama yang memajukan perkakasan khas bagi menghasilkan tali. Tali Mesir bertarikh dari 4000 hingga 3500 S.M. dan biasanya dihasilkan dari gentian rumput reed air (water reed fibers). Tali lain di masa lalu dihasilkan dari gentian pokok tamar, flax, rumput, papirus, kulit, atau rambut haiwan. Kegunaan tali sedemikian yang dihela oleh beribu pekerja membenarkan Mesir mengalih batu berat yang diperlukan bagi membina mercu tanda mereka. Bermula dari sekitar 2800 S.M., tali yang dihasilkan dari gentian hemp digunakan di China. Tali dan seni menghasilkan tali tersebar sepanjang Asia, India, dan Eropa selama beberapa ribu tahun berikutnya.
Pada Zaman Pertengahan (dari kurun ke tiga belas sehingga kurun ke lapan belas), dari Kepulauan British sehingga ke Itali, tali dibina dalam bentuk yang dikenali sebagai jalan tali, bangunan yang sangat panjang di mana untaian tali sepanjangnya diregangkan dan ditindan (laid up) atau dijalin untuk membentuk tali. Panjang kabel dengan itu ditetapkan oleh panjang bangunan jalan tali. Ini berkait dengan unit panjang yang diistilahkan sebagai panjang kabel. Ini membenarkan tali panjang sehingga 300 ela atau lebih dihasilkan. Tali pendek tidak berguna di kapal tinggi yang memerlukan tali yang panjang, berukur lilit sekata, dan kukuh. Talu pendek memerlukan sambungan untuk memanjangkannya. Bentuk sambungan terkukuh adalah sambungan pendek, yang menggandakan ukur lilit tali pada kawasan sambungan. Ini akan menimbulkan masaalah dalam perkakasan rig seperti takal dan gelendong.
Leonardo da Vinci melakar konsep mesin pembuat tali, tetapi sebagaimana kebanyakan ciptaannya, ia tidak pernah dibina. Walaubagaimanapun, pencapaian pembinaannya yang menakjubkan dicapai tanpa menggunakan teknologi maju: Pada 1586, Domenico Fontana menegakkan obelisk 327 tan di Medan Saint Peter, Rom dengan usaha bersama 900 orang, 75 kuda, dan jumlah takal yang tidak terbilang dan bermeter tali. Menjelang akhir 1700-an beberapa mesin yang boleh digunakan telah dibina dan dipaten.
Tali terus dihasilkan dengan menggunakan gentian semulajadi sehingga 1950-an apabila gentian buatan seperti nilon menjadi popular.
Tali adalah seutas serat, dipilin atau dianyam bersama untuk meningkatkan kekuatan bagi menarik dan menyambung. Ia mempunyai kekuatan tegangan tetapi terlalu lentur untuk memberikan kekuatan mampatan (contohnya, ia boleh digunakan bagi menarik, bukan menolak). Tali lebih tebal dan kukuh berbanding benang, atau akar.
Bahan yang biasa digunakan bagi menghasilkan tali termasuk serat semula jadi seperti gentian Manila, hem, linen, kapas, sabut, jut dan sisal. Serat buatan dalam penghasilan tali termasuklah polipropilena, nilon, poliester (contoh. PET, Vectran), polietilena (contoh. Spectra) dan Aramid (contoh. Twaron, Technora dan Kevlar). Sesetengah tali dihasilkan melalui campuran beberapa serat atau menggunakan serat ko-polimer. Tali juga boleh dibuat dari serat logam. Selain itu, tali juga telah dihasilkan dari bahan berserat seperti sutera, bulu biri-biri, dan rambut, tetapi tali sedemikian tidak didapati secara meluas. Rayon merupakan serat dikitar yang digunakan bagi menghasilkan tali hiasan.
Tali adalah amat penting dalam bidang seperti pembinaan, pelautan, pengembaraan, sukan dan perhubungan dan semenjak zaman prasejarah lagi. Untuk mengikat tali, sejumlah besar simpulan telah direka bagi pelbagai kegunaan. Takal telah digunakan bagi mengarah kuasa tarikan ke arah lain, dan mungkin telah digunakan bagi mencipta kelebihan mekanikal, membenarkan beberapa utas tali bagi berkongsi beban dan menggandakan kekuatan yang diberikan pada hujungnya. Win dan kapstan pula merupakan mesin yang direka untuk menarik tali.
Tali temali juga merupakan salah satu dari keterampilan tertua yang di miliki manusia, yang mempunyai dua fungsi; kegunaan dan keindahan (dekorasi); di beberapa tempat tali-temali telah mempunyai unsur magis dan keperluan kepercayaan tertentu (misal seperti di India dan Amerika, pada orang-orang Indian).
Tali-temali telah lama tercatat dalam sejarah dan merupakan bagian penting dari banyak peristiwa perdagangan dan kerajinan dan secara khusus di gunakan di kalangan para pelaut. Para pelaut yang berlayar dengan kapal pengangkut di abad ke-19 mengetahui dan telah menggunakan puluhan macam simpul dan mungkin termasuk yang paling terampil dalam hal ini. jumlah simpul yang banyak tersebut mempunyai kegunaan masing-masing yang sangat spesifik.
Di bawah ini adalah kegunaan tali-temali: KEGUNAAN KHUSUS : Salah satu dari aplikasi yang sangat berguna dari tali-temali adalah dalam proses pembuatan jaring nelayan (jala) untuk mencari ikan atau mengangkut barang (kargo) di kapal-kapal laut. Para pelaut dan nelayan dengan bantuan jarum dapat dengan mudah membuat jala. tali temali dapat di gunakan untuk berbagai kerajinan seperti tas, kantung, hiasan dinding, jaring basket, dan sebagainya. JENIS - JENIS ANYAMAN TALI-TEMALI : Anyaman pendek Anyaman mata Anyaman rantai Anyaman ujung Anyaman tali Anyaman kancing Anyaman cincin

Di dunia Kegiatan kepencintaalaman atau kegiatan di alam bebas adalah Salah satu peralatan yang sangat penting dan sangat mendukung dalam pelaksanaan kegiatan ini. Tali dan Temali bagi setiap penggiat alam bebas sudah merupakan kebutuhan utama, yang setiap saat dapat menjadi penolong hidupnya, bahkan dalam kondisi survival. Olehnya itu pengetahuan dan keterampilan tentang Tali dan Temali sangat perlu dipahami sebelum melakukan kegiatan alam bebas.
Tali dan Temali secara harfiah (menurut arti kamus) berarti untaian-untaian panjang yang terbuat dari berbagai bahan yang berfungsi untuk mengikat, menarik, menjerat, menambat, menggantung dsb. Secara etimologi, tali temali dapat diartikan sebagai segala sesuat yang berkaitan dengan fungsi dan kegunaan tali. Tali dan Temali pada mulanya berasal dari akar-akar pohon. Sejalan dengan perkembangan ilmu dan pengetahuan manusia, tali juga mengalami perkembangan, khususnya dalam hal bahan dan konstruksinya.
Jika Tali dan Temali pada mulanya hanya berupa akar-akar pohon, maka selanjutnya manusia menciptakan tali dari anyaman serat alam dengan menggunakan peralatan tenun yang masih sederhana. Serat alam yang digunakan kebanyakan dari ijuk atau rambut dan serat alam lainnya seperti kapas, wol, sutera, serta serat tumbuhan yang lain. Sayangnya, tali yang terbuat dari serat alam tersebut masih memiliki keterbatasan, yakni serat alam mudah mengalami pembusukan dan penyusutan sehingga tidak bertahan lama. Hal ini tentunya memaksa manusia untuk mencari alternatif tali yang bagus, dan karena tuntutan kebutuhan akan tali yang semakin meningkat, maka terciptalah tali yang terbuat dari bahan sintetis, yang memiliki daya tahan yang lebih lama dan lebih kuat dari tali yang terbuat dari serat alam.
Sejarah Pembuatan Tali dan Temali ini pertama kali diperkenalkan oleh W.H. Carothers, seorang ahli kimia dan di produksi oleh E.I. du Pont de Memors and Co. pada tahun 1938.
Selanjutnya, selama Perang Dunia II , produksi tali dari serat sintetis ini semakin meningkat, sehingga tali yang terbua dari serat alam berkurang di pasaran. Namun setelah perang usai, kelangkaan Tali dan Temali dari serat sintetis mulai terasa. Hal ini disebabkan oleh karena bahnnya yang susah didapat dan harganya yang mahal.
Tali dan Temali dari bahn sintetis, khususnya nylon, pada awalnya hanya diproduksi untuk kepentingan militer dan para pelaut. Kemudian, dengan semakin berkembangnya kegiatan yang mengarah ke alam terbuka, maka tali ini pun mulai dikenal oleh penggiat alam bebas. Disamping itu, tali ini juga mengalami perkembangan dalam hal konstruksi dan bahan pembuatannya.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

Post Top Ad